Wednesday, July 18, 2012

HANGOVER LEPAS BANGUN TIDUR

Korang pernah tak bangun tido rasa pening sangat sampai rasa macam berjalan atas dinding atau up side down. benda tu berlaku dekat aku pagi tadi. kali pertama berlaku mase aku tingkatan 3 lepas bangun tido tengah hari depan tv. aku angkat je punggung trus terduduk balik. then aku gagahkan diri bangun slow2 naik tangga. nak sampai anak tangga ke-10, ntah cmane kpale bleh trantuk kat dinding dengan sendiri! ~~maklumla, kan rase mcm berjalan dekat dinding....~~ dah la trantuk kuat, pastu bleh plak aku terjatuh golek-golek kat tangga......tak cukup dengan terhantuk and bergolek, kpale ak terhantuk lagi dengan pasu bunga sarawak kat ujung tangga sampai pecah pasu tu,, huk huk. kuat jugak kepala aku. lepas tu aku baring balik depan tv sambil menahan sakit belakang and kepala sampai pening tu hilang.....

then pening ni berlaku lagi pagi tadi. pukul 5.30 aku dikejutkan mak, suh tolong die buat nasi dagang kat dapur, even pening, ak gagahkan jugak diri turun tangga slow2. lepastu tolong la ape yang patut. tapi masalahnye sampai sekarang pukul 11am, kepala aku pening lagi. tahap loya dh sampai ke tekak duk menahan pening. 

so sekarang ak tgh pelik macammana pening ni bleh berlaku. malam tadi aku pegi makan nasi lemak antarabangsa dekat kpg bharu. otw pegi sane, aku kunyah chewing gum 5. pastu makan nasi lemak, minum limau ais. otw balik, aku kunyah lagi chewing gum 5. time tgh jalan dalam pukul 11pm, aku start mengantuk and mamai. tak pernah seumur hidup ak rasa mamai time driving. sume kereta kat depan aku nampak double and aku dah takbleh nak anggar jarak kereta aku dengan kereta depan. tapi nak buat cmane, perjalanan harus diteruskan. sampai rumah je, aku trus salin baju, tak basuh muke, tak masuk tandas, trus sembam atas tilam empuk. tapi sempat jugak bukak the sims online. sempat bukak je laaaa..... mainnye tak. trus lena sampai ke pagi. 

jadi, aku tgh konpius cmane ak bleh dapat pening ni and cmane bleh tetibe ngntuk yang amat mlm tadi. adakah sbb ak kunyah chewing gum n campur dengan air limau, atau ade org masukkan pil tido dalam air aku? uhhuh. nak kate aku minum, subhanallah.... mintak dijauhkan. so, itu yang menjadi persoalan ku.
kalau korang nak tau cmane rase pening aku skang, korang pusing 30 kali non-stop.                   
sekian. wassalam.

Thursday, July 5, 2012

jom kita kenal MUSTAFA KAMAL ATARTURK


ASAL USUL MUSTAFA KAMAL ATARTURK

Siapa yang tak kenal Mustafa kamal atarturk, seorang pemerintah yang kejam tapi diagung-agungkan dunia barat. kita tahu kekejaman yang dilakukannya tapi tak ramai yang tahu asal usul dan sifat-sifatnya yang urrrmmmm.... silalah baca,,

lahir pada 1881, tak siapa tahu tarikh sebenar kelahirannya. memilih 19 Mei sbg tarikh lahir (hari beliau melancarkan perjuangan membebaskan turki).

Pengkaji2 berpendapat kamal bukan dari keturunan turki, tapi dari keturunan Caucassian disebabkan warna rambutnya keperangan dan  bentuk tulang pipi yang lain dari orang turki. rupa beliau seperti hasil dari perkahwinan campur, walaupun sebenarnya tidak. jadi, ini menguatkan lagi hujah yang Kamal atarturk adalah anak luar nikah yang diprogramkan yahudi untuk hancurkan islam. Pengkaji mendakwa ayah sebenar Kamal Atarturk ialah dari kumpulan Yahudi Dunnama.
 
SEDIKIT INFO YAHUDI DUNNAMA 
yahudi Dunnama ialah gol yahudi yang pura-pura masuk islam supaya dapat hancurkan islam. Rancangan jahat kumpulan Yahudi Dunnama mula pada 1863 apabila mereka mula masuk Islam beramai2. Selepas masuk Islam, mereka berusaha menduduki jabatan2 tinggi dan memegang jawatan penting negara untuk meluaskan pengaruh. Kamal Atarturk adalah seorang ejen yahudi yang diprogram dengan rapi oleh yahudi. pada 1913, General British Sir Henry Wilson berkata "there's a man name Mustafa Kemal... a young staff-colonel. watch him. he may go far!". Disebabkan kamal Atarturk sendiri daripada golongan Yahudi Dunnama, beliau sangat pro-yahudi.buktinya bila dia membenarkan pelarian Yahudi dari german (saki baki penghapusan hitler) masuk ke Turki.

Lagi satu, ibu kamal (zubeyde) mmg tidak menyukai anaknya sejak kecil.dia tak penah menyusukan Kamal, dan mengupah seorang ibu susu berkulit hitam.banyak hal lagi yang menunjukkan kamal tidak disukai oleh ibunya.secara psykologi, benda ni akan terjadi bila si ibu tak kenal siapa bapa kepada anaknya. jadi, hal ni memberi kesan kepada Kamal kerana kurangnya kasih sayang dari si ibu.
sebelum bapa Kamal meninggal, dia adalah seorang askar yang kuat minum dan selalu meninggalkan isterinya. dia jugalah yang membentuk jiwa sekular (keduniaan) dalam diri Kamal sejak kecil dan mempersiapkan anaknya untuk membaratkan turki

Kamal Atarturk mempunyai sifat yang ganas dari kecil. semasa 12 tahun, dia cuba menembak bapa tirinya selepas bapanya meninggal. kebencian pada ibu dan bapa tirinya membuatkan dia lari dari rumah dan menetap dengan saudara mara hingga masuk ke kolej askar. Kamal jarang jenguk ibunya disebabkan rasa benci dan pendam hati terhadap layanan ibunya dulu. lain-lain sifat ialah nakal dan degil. saling menentang guru-guru agama di sekolahnya tetapi gemar dengan kehidupan barat dan pernah belajar di gereja. Kamal seorang yang bangga diri sebab rupanya yang hensem (macam mat saleh) dan sangat cerewet tentang pakaian.

disebabkan parasnya yang segak dan berbeza dengan orang turki lain, kamal seorang yang gila perempuan dan suka pergi ke rumah2 pelacuran. kamal juga seorang kaki botol dan kaki judi dan suka kepada parti2 bebas yang dipenuhi billiard (satu permainan kegemarannya). beliau juga banyak ada hubungan sulit sepanjang hidupnya. lagi sedih bila Kamal Atarturk ialah seorang biseksual, terutamanya dengan budak lelaki. semasa kemuncak pemerintahnnya, dia mengambil budak sekolah sebagai anak angkat dan bebas jalinkan hubungan kekasih-ayah-guru dengan budak lelaki dan perempuan belasan tahun.

Kamal mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan wanita, tapi tak pernah kekal dengan satu wanita dan tak suka terikat dengan perkahwinan. dia banyak menulis surat cinta yang mengandungi hubungannya dengan pelbagai wanita dari pelbagai bangsa.

pernah berkahwin dengan Latifa cara tradisi barat dan timbulkan kemarahan rakyat, tapi menceraikannya sebab isterinya terlalu mengongkong tabiatnya yang kaki perempuan dan kuat membebel. perkahwinan itu sebenarnya dipaksa disebabkan kamal ingin menonjolkan imej wanita yang berani dedahkan aurat dan bergaul bebas depan rakyatnya.
bersama latifa dan ismet pasha

bersama isteri dan jawatan tertinggi
di kemuncak keegoannya, Kamal Atarturk seolah-olah meniru gaya firaun dengan bertanya kepada askar2 beliau "siapa tuhan dan dimana dia tinggal?" dan askarnya menjawab "kamal Atarturk adalah tuhan".

Patung lilin di Musium Kamal Atarturk


ni baru introduction. belum masuk bab pemerintahan beliau yang kejam dan saat2 akhir beliau menghadapi mati. banyak lagi yang kita tak tahu agenda2 sulit kaum yahudi pada zaman dulu yang memberi efek pada hari ini.


Tuesday, July 3, 2012

ELAKKAN PERCERAIAN


               


ASSALAMUALAIKUM.
perkahwinan bukan pengakhiran kisah cinta kita, tapi suatu permulaan perjuangan untuk seumur hidup. pasangan yang berkahwin haruslah meletakkan rumah sebagai 'akar' kepada segalanya. asas yang rapuh, membuatkan rumah tu runtuh.so, dekat bawah ni nieysa nak share sikit tips-tips bagaimana nak kekalkan keharmonian perkahwinan.even belum kahwin, tapi tak salahkan nak berkongsi,,, heeee~~ =3
first off all, kita kena tahu beza konflik rumah tangga and ancaman rumah tangga, bila kita tak tahu ancaman-ancaman rumah tangga, berlakulah konflik. 

Faktor berlaku ancaman rumah tangga adalah :-
ANCAMAN RUMAH TANGGA

1.     kurang pendedahan dan pengetahuan untuk kendali konflik rumah tangga
2.     sukar fahami pasangan--------> sebelum kahwin lain, lepas kahwin lain (common conflict)
3.     pasangan takut melihat statistik perceraian yang meningkat di negara ini
4.     pasangan tak jelas punca masalah dan pergaduhan dan saling menyalahkan
5.     teringat kes kesilapan-kesilapan lampau dengan pasangan

bila berlaku konflik, sesetengah pasangan hanya membiarkan konflik tu berlaku tanpa kesudahan. akibatnya...... akan berlaku konflik rumah tangga yang tak berkesudahan dan efek kepada pasangan masing-masing. antaranya ialah :-

1.     perasaan cinta pudar tanpa disedari sampai satu tahap perasaan tu mustahil untuk mekar kembali
2.     hidup tertekan
3.     hidup tak tenang sebab sentiasa tertekan


ASAS RUMAHTANGGA DALAM ISLAM

1.     kuatkan akidah dengan menjadikan Islam sebagai landasan
2.     mempunyai visi dan misi yang sama antara pasangan, ada tujuan hidup dan tujuan berkeluarga dalam
        islam.
3.     masing-masing faham kedudukan dan fungsi dalam keluarga sebagai isteri, kakak, adik, anak, ibu.
        (jika wanita)
4.     jadikan islam dan syariat sebagai penyelesaian terhadap masalah dalam keluarga
5.     amakkan amal maaruf nahi mungkar sesama anggota keluarga (saling ingat mengingati)
6.     hiasi rumah dengan amalan sunat (tadarus, berjemaah, baca yaasin, makan bersama, dll)
7.     Sentiasa berdoa dan bersabar dalam apa jua situasi


TIPS KEKAL HARMONI DALAM RUMAHTANGGA

1.     tahu tanggungjawab masing-masing
2.     luangkan masa untuk berdua-duaan bersama tanpa anak-anak
3.     sesekali kena nakal, manja, romantik dan lemah lembut
4.     berkongsi minat walaupun lain minat
5.     kenal kehendak dan keperluan pasangan (bukan kehendak lelaki je)
6.     jadilah pendengar yang setia kepada pasangan
7.     berani hadapi konflik (tidak pendam dan diam diri)
8.     sentiasa maafkan pasangan
9.     sentiasa ada komunikasi dua hala
10.   letakkan komitmen keluarga diatas sekali

semua ni bukan nieysa saje2 buat ye,, semua ni nieysa dapat daripada pakar keluarga (puan badariah) seorang kurang upaya (OKU) yang sangat arif dalam bidang ni.

P/S : pasangan yang ada facebook tu, kalau boleh gunakan satu akaun yang sama atau beritahu pasangan password akaun masing2. FACEBOOK adalah satu daripada lima sebab berlaku perceraian di dunia.

Monday, June 25, 2012

SAND AND SCULPTING COMP, TUNGGU.....

assalamualaikum dan selamat malam. just now i was browsing through my old pics, and i found this.


yeap! pertandingan istana pasir 2007. it was sooo long time ago, tapi tak kire, nak post jugak. dulu, family kitorang 3 tahun berturut-turut masuk pertandingan istana pasir and 2007 was the last. nieysa pun tak tau kenapa, but it just stopped.  we've been in 1st and 2nd place for three years in a row. tapi yang paling nieysa suka masa tahun 2006 / 2005 tak silap. sebab itu adalah istana pasir yang paling cantik yang pernah kami buat. tema pertandingan tu "istana dalam laut" and kami buat kuda laut as theme structure. atas kuda laut tu kami buat istana n sekeliling tu ada macam2 hidupan laut. tapi,, apakan daya, gambar sume kene dlete dengan budk umur  5 tahun. die actually hold the camera and erase all pictures. sememangnya rasa bengang, tapi nak marah pun tak boleh, sebab bukan anak "aku". Grrrrrrr........

so gambar istana pasir 2007 je lah yang masih ada,, walaupun tak brape puas ati sebab byk details yang tak sempat siap, tapi tahun tu kami dapat 2nd place. 3days 2 nights at cherating kot rasanya and wang tunai RM1G rasanya. i remember spending those money for my clothes! hahaha. the year before kitorang dapat stay dekat langkawi and wang tunai RM2G, and it was memorable.

ingat tahun ni nak masuk lagi competition tu, but then baru je buat bulan MAY lepas. rugi betul. so i made this post to remind me for next year's 23rd ANNUAL SAND SCULPTING COMPETITION 2013.

kene start dari sekarang nak design baju group team and our banner! yeah! abang yu, abang ngoh, abang chik, sila prepare untuk competition tahun depan. everyone knows their role.

psstt..... sesape yang beragama islam masuk pertandingan ni, sila semak hadiah hamper, takut2 ada arak sebab kitorang dah terkena. hahaa. kami dapat 5 tin air bergas(tak ingat brand apa), kitorang simpan 1 and lagi 4 kasi dekat budak2 kat taman menan. lepas kitorang minum beberapa teguk, rupanya ada kandungn alkohol dalam air tu! and dengan rasa malu kitorang terpaksa mintak balik kat budak2 tu sampai depan pintu rumah diorang! maka, terpaksalah explain dengan parents diorang. haih..... kesian betul. 

here are some photos : 
tgh membentuk struktur bangunan 
i dont know what i was doing =_= '
mula korek-korek pntu dan tingkap istana
kene basahkan pasir supaya senang nak bentuk
2jam kena ulang alik pantai cedok air ngn baldi supaya istana kekal basah
1st place 2007. itu tugu, bukan istana yea
 architect of the day
judges judging behind
1st place
time tu jugak lukis logo kumpulan, tak tau plak kena ada logo
and the 2nd prize is........
lepas selesai, semua santai! =D



MUNDUK SYURGA SHOPPING!

view daripada seberang kelantan
satu bot boleh muat sampai 20 orang

kalau ke kelantan, jangan lupa ke munduk. terletak di sempadan thailand-kelantan, its the best bargain place you can be!! for those who never been here, mungkin ada segelintir yang akan cakap "tmpat macam ni pun bes ke? macam tempat orang miskin jek. takde standard langsung". well let me tell you. this place is a shopping paradise! korang dah boleh beli macam2 dengan sekeping RM50.

Untuk pengetahuan, Munduk terletak dalam kawasan thailand, and kene naik boat untuk sampai ke sana. tapi, gunaan matawang kat sana still dalam Ringgit Malaysia sebab majoriti pembeli adalah warga malaysia. and the best part is, u dont even need a passport to get crossed.

kebanyakan pembeli dari luar kelantan
SO. ape yang best sangat dekat Munduk ni? hurrmmm....... kebanyakan baju-baju yang di jual dekat sini akan jadi trendsetter dekat malaysia. sebab, kebanyakan baju yang dijual dekat malaysia (KL) are "made in thailand". bila kita beli baju dekat thailand itself, kita akan jadi antara orang yang terawal bawa fashion tu ke malaysia. dan..............................harganya murah sangat sangat sangat sangat murahhh!! gerenti puas hati.


antara barang-barang murah yang lain ialah bantal kekabu,tilam empuk, comforter, toto, periuk belanga, sandal n kasut, tudung, mainan, bakul, makanan yang sedap dan macam macam lagi.

apa yang lebih mengejutkan nieysa sampai sekarang, kalau korang beli baju-baju dekat parkson, sogo, jln TAR, or butik, harga mesti lebih kurang RM50-120 kan kan kan. dekat munduk, korang boleh dapatkan baju yang sama, material, corak yang sama 100% dengan harga RM10-RM20 sehelai!!!

my mom bought this blouse for RM16 and i accidentally ternampak baju yang 100% sama dekat parkson and harganya  sampai RM120! CREEPY right........ cume baju dekat parkson tu ade brandtag and yang munduk tak ada. tu je.
and you can buy tudung at only Rm5-Rm8 and bila jual kat KL boleh cecah sampai RM20-RM30. CRAZY. bantal kekabu plak boleh dapat 3 for Rm10, bila jual kat KL, Rm20-Rm30 each.


So deary friends, MUNDUK is a must when you come to kelantan. there's a lot to offer here and you can shop till you drop. tapi, kalau pergi musim cuti sekolah, harga akan naik sikit and tak payah pakai lawa2 sbb kat sana panas n jalan kadang-kadang berlecak.
tapi agak hampa, laluan bot ke munduk ditutup sementara lepas ade sorang budak terjatuh dari bot. but this wont be long. harap tempat ni dibuka semula. here some of the excitement of ours.

juragan kapal kami, hehe big momma
im happily satisfied
we're happily satisfied
kaum kerabat kelate kami


Saturday, June 23, 2012

KISAH KITA


Dah lama tak menulis. Sempena hari jadi beliau yang lepas, nieysa buat sajak untuk beliau. 20 minit jugak nak siapkan. 20 minit boleh dikatakan lama jugak untuk buat sajak yang ringan tanpa perkataan yang sarat dan bombastik. the words just came out with the flow,, sebab perenggan satu, dua and tiga mengikut timeline nieysa dan dia. i know this post is a bit boring, but what the hell. 

 first perenggan (yeke perenggan?? my tatabahasa/vocab sangat weak ok) masa nieysa first time i laid my eyes on him, kuch kuch hota hai. No feeling for him, but i knew that theres going to be something between us. =)

perenggan kedua,, lepas kitorang kenal bertahun (takde la bertahun sangat,,hehe) tetibe datang plak rasa suka, dan sukaku dibalas, XD #act beliau yang start ngorat dulu#. tapi, ada halangannya.... but then sape suruh die ngorat jugak kalau memang dah tau ade benda yang menghalang. ish..... tak elok betul. time tu rasa nak give up, and mmg dah give up pun sebenarnye. tapi peribahasa orang puteh cakap, "when u love someone, let them go. if they return,  they're forever yours". so i let him go, and he came back.

 bila seseorang hadi dalam hidup, bukan setiap masa indah. kadang-kadang kami pun ade judak telagah sikit2, common la tue...... satu persatu nieysa tahu pasal beliau. banyak jugak perbezaan kitorang. BANYAK OK........sorang timur sorang barat. ape yang nieysa suka, dia tak suka. apa yang dia suka, nieysa tak tak suka. cmane tu? tu je la yang kitorang slalu gaduh,, haha yang laen bereh boh. orang tua tua cakap, "perbezaan itu saling melengkapi". so we will wait and see. 

KALI PERTAMA MELIHATMU
KURASA SESUATU
PERASAAN YANG MENUSUK KALBU
KESAMARAN YANG PERLU DITUNGGU


BERTAHUN PENJELASAN DICARI
PENANTIAN TERHENTI
RINTANGAN PULA MENANTI
NAMUN KU PASTI
BERSAMAMU DI SUATU HARI


PERJALANAN BARU BERMULA
PERGOLAKAN AKAN DIRASA
PERBEZAAN DAN PERCANGGAHAN MULA MENDUGA
SABARLAH WAHAI DUKA
KERANA IA SALING MELENGKAPI KITA.

Thursday, May 10, 2012

my dream 'wedding dress'

perempuan mmg craaaazy kalau cakap pasal wedding dress. sebab tu kan sebahagian sifat wanita,, everything must be perfect asalkan sesuai dgn bajet. ade yang sewa baju bersanding sampai 5 pasang. ntah ape la yang dorang nak buat baju banyak tu.

nieysa plak takde la dream big sangat utk wedding dress. orang ckp ukur baju di badan sendiri. badan kite pun bleh tahan gempal n renek, rasenye kalau nak sewa baju pengantin pun susah jgak. kalau ade pun mungkin baju yang kite tak berkenan,  kan kan kan. so what i'd do is,, amma design my own wedding dress. act, its not really a dress. its more like baju kurung. biar longar sket baju tu,, takde la nampak sangat spare tyre. lagipun, biar selesa nak bergerak jumpa tetamu,, heheh.




start with the color, kite tak suke pink, but then i choose smokey pink atau pink belacan untuk my baju. kalau takde pink belacan, bleh gne off pink to white. biar nampak lembut sket ngn badan kite yang kasar ni. so i made a few research n combine them into one piece. yes, yes i know, my drawing sucks. but then i made the details clearly. nieysa tak berapa minat baju pengantin yang disewa n ade byk manik n labuci, n things. perhaps, its once in a life time, why dont u make your own baju instead of pinjam baju yang dah bertukar-tukar badan?
heheh.

Thursday, January 19, 2012

budak kelate kuat gewe??

yeap. i dare to speak sbb benda ni mmg betul dan benar. budak kelate yang bermastautin di kelate dan bersekolah di kelate, bergewe. abes tu budak negeri laen tak bergewe mase sekolah? well.... frankly speaking, semua orang ade crush masing-masing masa zaman sekolah dulu, dan ramai yang bergewang, tapi, yang paling kuat gewe adelah budak kelate.....this is just an opinion, not statistic. jangan terkejut kalau ade yang dah start kapel time umur 11 tahun! giler advance! sebagai seorang yang berasal dari kelantan, nieysa berpendapat faktor2 yang membuatkan mereka 'berkapel' adalah seperti dibawah:

a.   anak gadis di kelantan jarang keluar rumah. bukan benda buruk, tapi taraf sosial dengan kawan2 yang kurang membuatkan mereka sunyi.

b.   terlampau banyak kelas tambahan, tuisyen, skolah agama dan aktiviti sekolah membuatkan mereka rasa dikongkong dan tak dapat buat aktiviti yang disukai bersama kawan2 (jogging, maen basikal, hang out dengan kawan, window shopping, etc).believe it or not, masa tingkatan 3 nieysa still lagi maen kejar2 dengan kawan-kawan dekat taman mainan! look childish? this is how you enjoy your last moment of being kid. 

c.    Disebabkan di kelantan kurang tempat untuk bersosial (kafe, pawagam, pusat sosial, etc) mereka tend to sit at home doing nothing. bila terjadi fenomena mcm tu, menyebab kan kesunyian.

d.  bila jarang bersosial dengan kawan2 dan jarang keluar rumah, mereka rasa sunyi dan inginkan entertainment, tapi tak tau nak dapat kat mana.

e.   kebetulan, ada mamat jatuh hati dan start hantar pesanan ringkas. disebabkan kesunyian, anak gadis ini membalas text mamat tu. 

f.   mamat ni pun memuji-muji lah kecantikan, kemanisan, anak gadis itu... maka dari situ bermula lah bibit2 CINTA pelajar sekolah rendah/menengah. 
ayat tekel dlm sms : "sy dah lama perhatikan awak, knape awak sgt comel, geram rase nak cubit pipi awak"         
                              "awak dah ade bf? eh saye tak caye lah org comel mcm awk pun takde bf lagi ke "
                              "sebenarnye saya dah lama minat kat awak, sbb awk comel sgt"
                              "................................."

g.   bila dah bermain kata dalam sms, si gadis mula jatuh hati dengan kata2 walaupun mamat tu tak ensem (org kate dont judge a book by its cover, tapi kene judge jugak sikit2)

h.   lepas tu start kua dating. kebiasaannya anak gadis ni akan tipu parents ckp g study ngn kawan, ade klas tambahan, tido rumah kawan, tapi bile kua 100meter dari rumah, mamat tu amek bawak ronggeng dgn motor. tak motor, kereta.

this is true story oke, nieysa dah dgr mcm2 citer daripada kawan2 yang pernah bergewang sejak sekolah. bagi nieysa, berkapel time sekolah ada pros and cons, tapi hanya buang masa. sebab, time masuk u nanti, eventually korang akan break up jugak. korang kapel 7 tahun, 9 tahun and bangga sebab kapel dah lame, tme jadi mahasiswa nanti gerenti putus. sebab, masing2 ade komitmen baru. lepas tu, mamat2 dekat u lagi ensem n ohsem n kaya dari bf korang. ini serious, im not talking shit.

Mase memule masuk u, most of my friends dari kelantan dan none of them yang single. semua dah berpunya.  maknanye dorang semua kapel time sekolah. and they look happy like happily ever after. tapi, bila dah masuk beberapa penggal, masing2 buat hal sendiri last2 putus and end up dgn orang laen.

orang putih cakap, live life to the fullest. bukan ckp besar, tapi ive rejected tons of guy during high school and college (metaphore je,,,, hee). bukan tak suke, sume ensem2 belaka (perasan betul) tapi bila dah ade gewe, pergerakan, pergaulan sume terbatas. korang nak ke masa remaja korang terbuang, habis sia2 dengan bf, lepas 5 taun kapel, putus. hanya 2 % je yang betul2 naik pelamin. lagi 98% tak kemana. nak pegi situ, kene bagitau, nak pg sini kene bagitau. nak buat itu kene report, nak buat ini, kene report. yang lelaki takmo gf kawan ngn lelaki laen, yang gf ni plak jeles tgk bf dorang bcakap ngn pompuan laen (itulah nama hubungan yang tak matang sebab masing2 tak matang). tak ke sia2 zaman remaja korang? jadi, fikir2 kan lah. time remaja ni lah nak berkawan dan bergaul dgn kawan2 baik lelaki atau perempuan (asalkan tak melampau batasan).

what about me? well, i dont have bf mase sekolah. mase dekat kolej, tahun ke-3 baru bersedia nak ada komitmen dalam relationship. tu pun setelah 2 kali reject my current (MR dy). kali ketiga baru la terima sebab rasa betul2 dah ready and ive living my life to the fullest dgn friends. takkan lari gunung dikejar. kalau dia betul2 serius, he's willing to wait.

P/S - kalau kita sayang kawan2 kita, and kawan2 kita sayang kita masa sekolah, kita takkan rasa sunyi dan takkan terima lelaki dengan mudah. dont be such a desperate. the right moment will come when ure ready. 









Wednesday, January 11, 2012

Shiloh VS Suri

Since Suri dan Shiloh lahir, these celebtots dikejar paparazzi. kita semua menghitung masa tgk mereka ni membesar. as it turns out, Tom Cruise dan Katie Holmes little suri membesar dengan didikan seperti puteri (dresses, lipstick, heels). meanwhile, Brad dan Angie's Peterpan loving; Shiloh lebih selesa dengan baju-T dengan seluar (rambut pendek, pedang, sneakers). jadi...... Which do you think is more adorable?? Sambil tu kita tgk ''stylewar smackdown" dorang  :



Monday, January 9, 2012

I feel PRETTY


kepada sesape yang rasa diri tu tak cantik, tak gorges, tak hot, sila dengarkan. this song has become one of my feveret sbb saya memang seorang yang tak cantik, tak gorges dan tak hot. saya dengar lagu ni bila saya rasa begitu. biar tak cantik di luar, tetapi cantik di dalam (cantik ke dalam aku..?**) 

lagu ni TLC yang nyanyi tahun 90 an, time nieysa darjah 3 or 4 kalau tak silap. tapi mase tu nieysa mmg dah start dengar lagu inggeris sebab tgk videoclip NTV7, sampai pkul 6 ptg baru buka siaran. 11 tahun kemudian, lagu ni masuk balik bile geng2 budak sekolah glee nyanyikan balik. tapi much better than the original. sila enjoy!



lirik lagu ni sangat best :


i wish i could tie you up in my shoes
make you feel unpretty too
i was told i was beautiful
but was does that mean to you
look into the mirror whos inside there
the one with the long hair
same old me again today

my outsides look cool
my insides are blue
everytime i think im through
it's because of you
i've tried different ways
but it's all the same
at the end of the day
i have myself to blame

Never insecure until i met you
now im being stupid
i used to be so cute to me
just a little bit skinny
why do i look to all these things
to keep you happy
maybe get rid of you and then ill get back to me.......







Klik Sini!