Wednesday, July 18, 2012

HANGOVER LEPAS BANGUN TIDUR

Korang pernah tak bangun tido rasa pening sangat sampai rasa macam berjalan atas dinding atau up side down. benda tu berlaku dekat aku pagi tadi. kali pertama berlaku mase aku tingkatan 3 lepas bangun tido tengah hari depan tv. aku angkat je punggung trus terduduk balik. then aku gagahkan diri bangun slow2 naik tangga. nak sampai anak tangga ke-10, ntah cmane kpale bleh trantuk kat dinding dengan sendiri! ~~maklumla, kan rase mcm berjalan dekat dinding....~~ dah la trantuk kuat, pastu bleh plak aku terjatuh golek-golek kat tangga......tak cukup dengan terhantuk and bergolek, kpale ak terhantuk lagi dengan pasu bunga sarawak kat ujung tangga sampai pecah pasu tu,, huk huk. kuat jugak kepala aku. lepas tu aku baring balik depan tv sambil menahan sakit belakang and kepala sampai pening tu hilang.....

then pening ni berlaku lagi pagi tadi. pukul 5.30 aku dikejutkan mak, suh tolong die buat nasi dagang kat dapur, even pening, ak gagahkan jugak diri turun tangga slow2. lepastu tolong la ape yang patut. tapi masalahnye sampai sekarang pukul 11am, kepala aku pening lagi. tahap loya dh sampai ke tekak duk menahan pening. 

so sekarang ak tgh pelik macammana pening ni bleh berlaku. malam tadi aku pegi makan nasi lemak antarabangsa dekat kpg bharu. otw pegi sane, aku kunyah chewing gum 5. pastu makan nasi lemak, minum limau ais. otw balik, aku kunyah lagi chewing gum 5. time tgh jalan dalam pukul 11pm, aku start mengantuk and mamai. tak pernah seumur hidup ak rasa mamai time driving. sume kereta kat depan aku nampak double and aku dah takbleh nak anggar jarak kereta aku dengan kereta depan. tapi nak buat cmane, perjalanan harus diteruskan. sampai rumah je, aku trus salin baju, tak basuh muke, tak masuk tandas, trus sembam atas tilam empuk. tapi sempat jugak bukak the sims online. sempat bukak je laaaa..... mainnye tak. trus lena sampai ke pagi. 

jadi, aku tgh konpius cmane ak bleh dapat pening ni and cmane bleh tetibe ngntuk yang amat mlm tadi. adakah sbb ak kunyah chewing gum n campur dengan air limau, atau ade org masukkan pil tido dalam air aku? uhhuh. nak kate aku minum, subhanallah.... mintak dijauhkan. so, itu yang menjadi persoalan ku.
kalau korang nak tau cmane rase pening aku skang, korang pusing 30 kali non-stop.                   
sekian. wassalam.

Thursday, July 5, 2012

jom kita kenal MUSTAFA KAMAL ATARTURK


ASAL USUL MUSTAFA KAMAL ATARTURK

Siapa yang tak kenal Mustafa kamal atarturk, seorang pemerintah yang kejam tapi diagung-agungkan dunia barat. kita tahu kekejaman yang dilakukannya tapi tak ramai yang tahu asal usul dan sifat-sifatnya yang urrrmmmm.... silalah baca,,

lahir pada 1881, tak siapa tahu tarikh sebenar kelahirannya. memilih 19 Mei sbg tarikh lahir (hari beliau melancarkan perjuangan membebaskan turki).

Pengkaji2 berpendapat kamal bukan dari keturunan turki, tapi dari keturunan Caucassian disebabkan warna rambutnya keperangan dan  bentuk tulang pipi yang lain dari orang turki. rupa beliau seperti hasil dari perkahwinan campur, walaupun sebenarnya tidak. jadi, ini menguatkan lagi hujah yang Kamal atarturk adalah anak luar nikah yang diprogramkan yahudi untuk hancurkan islam. Pengkaji mendakwa ayah sebenar Kamal Atarturk ialah dari kumpulan Yahudi Dunnama.
 
SEDIKIT INFO YAHUDI DUNNAMA 
yahudi Dunnama ialah gol yahudi yang pura-pura masuk islam supaya dapat hancurkan islam. Rancangan jahat kumpulan Yahudi Dunnama mula pada 1863 apabila mereka mula masuk Islam beramai2. Selepas masuk Islam, mereka berusaha menduduki jabatan2 tinggi dan memegang jawatan penting negara untuk meluaskan pengaruh. Kamal Atarturk adalah seorang ejen yahudi yang diprogram dengan rapi oleh yahudi. pada 1913, General British Sir Henry Wilson berkata "there's a man name Mustafa Kemal... a young staff-colonel. watch him. he may go far!". Disebabkan kamal Atarturk sendiri daripada golongan Yahudi Dunnama, beliau sangat pro-yahudi.buktinya bila dia membenarkan pelarian Yahudi dari german (saki baki penghapusan hitler) masuk ke Turki.

Lagi satu, ibu kamal (zubeyde) mmg tidak menyukai anaknya sejak kecil.dia tak penah menyusukan Kamal, dan mengupah seorang ibu susu berkulit hitam.banyak hal lagi yang menunjukkan kamal tidak disukai oleh ibunya.secara psykologi, benda ni akan terjadi bila si ibu tak kenal siapa bapa kepada anaknya. jadi, hal ni memberi kesan kepada Kamal kerana kurangnya kasih sayang dari si ibu.
sebelum bapa Kamal meninggal, dia adalah seorang askar yang kuat minum dan selalu meninggalkan isterinya. dia jugalah yang membentuk jiwa sekular (keduniaan) dalam diri Kamal sejak kecil dan mempersiapkan anaknya untuk membaratkan turki

Kamal Atarturk mempunyai sifat yang ganas dari kecil. semasa 12 tahun, dia cuba menembak bapa tirinya selepas bapanya meninggal. kebencian pada ibu dan bapa tirinya membuatkan dia lari dari rumah dan menetap dengan saudara mara hingga masuk ke kolej askar. Kamal jarang jenguk ibunya disebabkan rasa benci dan pendam hati terhadap layanan ibunya dulu. lain-lain sifat ialah nakal dan degil. saling menentang guru-guru agama di sekolahnya tetapi gemar dengan kehidupan barat dan pernah belajar di gereja. Kamal seorang yang bangga diri sebab rupanya yang hensem (macam mat saleh) dan sangat cerewet tentang pakaian.

disebabkan parasnya yang segak dan berbeza dengan orang turki lain, kamal seorang yang gila perempuan dan suka pergi ke rumah2 pelacuran. kamal juga seorang kaki botol dan kaki judi dan suka kepada parti2 bebas yang dipenuhi billiard (satu permainan kegemarannya). beliau juga banyak ada hubungan sulit sepanjang hidupnya. lagi sedih bila Kamal Atarturk ialah seorang biseksual, terutamanya dengan budak lelaki. semasa kemuncak pemerintahnnya, dia mengambil budak sekolah sebagai anak angkat dan bebas jalinkan hubungan kekasih-ayah-guru dengan budak lelaki dan perempuan belasan tahun.

Kamal mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan wanita, tapi tak pernah kekal dengan satu wanita dan tak suka terikat dengan perkahwinan. dia banyak menulis surat cinta yang mengandungi hubungannya dengan pelbagai wanita dari pelbagai bangsa.

pernah berkahwin dengan Latifa cara tradisi barat dan timbulkan kemarahan rakyat, tapi menceraikannya sebab isterinya terlalu mengongkong tabiatnya yang kaki perempuan dan kuat membebel. perkahwinan itu sebenarnya dipaksa disebabkan kamal ingin menonjolkan imej wanita yang berani dedahkan aurat dan bergaul bebas depan rakyatnya.
bersama latifa dan ismet pasha

bersama isteri dan jawatan tertinggi
di kemuncak keegoannya, Kamal Atarturk seolah-olah meniru gaya firaun dengan bertanya kepada askar2 beliau "siapa tuhan dan dimana dia tinggal?" dan askarnya menjawab "kamal Atarturk adalah tuhan".

Patung lilin di Musium Kamal Atarturk


ni baru introduction. belum masuk bab pemerintahan beliau yang kejam dan saat2 akhir beliau menghadapi mati. banyak lagi yang kita tak tahu agenda2 sulit kaum yahudi pada zaman dulu yang memberi efek pada hari ini.


Tuesday, July 3, 2012

ELAKKAN PERCERAIAN


               


ASSALAMUALAIKUM.
perkahwinan bukan pengakhiran kisah cinta kita, tapi suatu permulaan perjuangan untuk seumur hidup. pasangan yang berkahwin haruslah meletakkan rumah sebagai 'akar' kepada segalanya. asas yang rapuh, membuatkan rumah tu runtuh.so, dekat bawah ni nieysa nak share sikit tips-tips bagaimana nak kekalkan keharmonian perkahwinan.even belum kahwin, tapi tak salahkan nak berkongsi,,, heeee~~ =3
first off all, kita kena tahu beza konflik rumah tangga and ancaman rumah tangga, bila kita tak tahu ancaman-ancaman rumah tangga, berlakulah konflik. 

Faktor berlaku ancaman rumah tangga adalah :-
ANCAMAN RUMAH TANGGA

1.     kurang pendedahan dan pengetahuan untuk kendali konflik rumah tangga
2.     sukar fahami pasangan--------> sebelum kahwin lain, lepas kahwin lain (common conflict)
3.     pasangan takut melihat statistik perceraian yang meningkat di negara ini
4.     pasangan tak jelas punca masalah dan pergaduhan dan saling menyalahkan
5.     teringat kes kesilapan-kesilapan lampau dengan pasangan

bila berlaku konflik, sesetengah pasangan hanya membiarkan konflik tu berlaku tanpa kesudahan. akibatnya...... akan berlaku konflik rumah tangga yang tak berkesudahan dan efek kepada pasangan masing-masing. antaranya ialah :-

1.     perasaan cinta pudar tanpa disedari sampai satu tahap perasaan tu mustahil untuk mekar kembali
2.     hidup tertekan
3.     hidup tak tenang sebab sentiasa tertekan


ASAS RUMAHTANGGA DALAM ISLAM

1.     kuatkan akidah dengan menjadikan Islam sebagai landasan
2.     mempunyai visi dan misi yang sama antara pasangan, ada tujuan hidup dan tujuan berkeluarga dalam
        islam.
3.     masing-masing faham kedudukan dan fungsi dalam keluarga sebagai isteri, kakak, adik, anak, ibu.
        (jika wanita)
4.     jadikan islam dan syariat sebagai penyelesaian terhadap masalah dalam keluarga
5.     amakkan amal maaruf nahi mungkar sesama anggota keluarga (saling ingat mengingati)
6.     hiasi rumah dengan amalan sunat (tadarus, berjemaah, baca yaasin, makan bersama, dll)
7.     Sentiasa berdoa dan bersabar dalam apa jua situasi


TIPS KEKAL HARMONI DALAM RUMAHTANGGA

1.     tahu tanggungjawab masing-masing
2.     luangkan masa untuk berdua-duaan bersama tanpa anak-anak
3.     sesekali kena nakal, manja, romantik dan lemah lembut
4.     berkongsi minat walaupun lain minat
5.     kenal kehendak dan keperluan pasangan (bukan kehendak lelaki je)
6.     jadilah pendengar yang setia kepada pasangan
7.     berani hadapi konflik (tidak pendam dan diam diri)
8.     sentiasa maafkan pasangan
9.     sentiasa ada komunikasi dua hala
10.   letakkan komitmen keluarga diatas sekali

semua ni bukan nieysa saje2 buat ye,, semua ni nieysa dapat daripada pakar keluarga (puan badariah) seorang kurang upaya (OKU) yang sangat arif dalam bidang ni.

P/S : pasangan yang ada facebook tu, kalau boleh gunakan satu akaun yang sama atau beritahu pasangan password akaun masing2. FACEBOOK adalah satu daripada lima sebab berlaku perceraian di dunia.

Klik Sini!