Friday, June 26, 2015

Mommy To Be : First Trimester Challenge


As soon as dapat tau hamil 6 minggu, morning sickness automatically appeared. Masa tu batuk masih tinggal saki baki.. yang saki baki ni la yang paling perit (*_*). Even batuk sikit je perut rasa macam kena tikam. Tapi nasib baik tak lama….


So lepas batuk elok, morning sickness pun bermula, tapi my morning sickness selalu start dari pukul 3.00pm – 11pm. Lepas pukul 3 tu, nak sambung kerja pun dah tak boleh. Tapi gagahkan jugak lee takkan nak curi tulang ye dakkk… Kalau weekend, time2 tu memang lembik. Nak buat apa pun tak boleh.. jadilah mem besar kejap, si Pendy yang banyak tolong buat kerja2 rumah.

So.. Antara alahan2 yang aku alami masa first trimester ni :

1.       Muntah – Kadang2 sehari muntah sampai 5 kali setiap hari, sampai dah takde benda nak keluar, keluar la cecair2 pahit

2.       Makan – Mual bila makan ikan, ayam, daging. Sepanjang 2 bulan makan nasi dgn sayur je. Kalau makan jugak, mual jadi lagi teruk. Disebabkan byk muntah, perut sentiasa kosong dan lapar. Tapi tak boleh makan sebab mual dan tak lalu. So.. susu, buah, kurma n kismis jadi hidangan utama utk kurang kan rasa lapar.

3.       Deria bau – Hidung  jadi sangat sensitif. Tak boleh bau perfume Pendy, tak boleh bau toilet ofis, tak boleh bau hidangan yang kuat, tak boleh bau perfume sendiri, semua jadi busuk dan memualkan.

4.       Masuk dapur – hampir tiga bulan jugak stop memasak sebab tak boleh tgk ikan, ayam, daging mentah dan bau bahan2 mentah yang lain. Sepanjang masa tu, Pendy terpaksa tapau makanan kedai.

5.       Buang Air – Bila dah start buang air, setiap lima minit lepas tu mesti pergi tandas lagi. Benda ni berterusan sampai empat atau lima kali baru stop.  Kadang2 setengah jam sekali…  kat ofis tak mengada sangat, tapi adala dalam 10 kali sehari melawat tandas tu.

6.       Tidur awal – Aku akan sampai rumah pukul 7.10pm setiap hari. Lepas solat magrib aku akan terus tidur. Sebab masa ni mual aku paling teruk… then Antara pukul 11pm-1am aku akan bangun dan merasa segar sekali. Time ni je boleh berlagak macam orang biasa, bereskan ape yang tak beres lagi, Kacau2 orang sebelah tgh tidur… Pastu sambung tidur balik.

7.       Mandi – Mual ni sama macam orang demam. Kalau orang demam mandi, confirm menggigil satu badan. Macam tu la rasa bila aku mandi waktu petang. Keluar bilik air terus selubung selimut. Jadi aku selalu skip mandi petang kecuali kalau berpeluh.

8.       Sakit kepala – setiap petang sampai ke malam.

 Lain ibu, lain pengalaman. Inilah pengalaman kehamilan pertama aku….

Thursday, June 4, 2015

Mommy To Be : Bagaimana saya tahu saya hamil?


Assalamualaikum…

Setiap wanita yang bergelar ibu mesti dah tempuh pengalaman fasa-fasa kehamilan.. Masing2 ada pembawakan dan pengalaman sendiri, ada yang perasan seawal 4 minggu, ada yang dah 8 bulan hamil baru perasan! MasyaAllah…. Betapa indahnya kurniaan yang Allah beri kepada  kaum Hawa ni…

 Majlis menyambut menantu dibuat di rumah Pendy di Kota Bharu, lebih kurang sebulan setengah lepas kami bernikah. Memang sengaja pilih Chinese New Year sebab masa tu memang ramai anak beranak yang balik kampung. Sebenarnya masa ni memang aku dah hamil, Cuma aku tak sedar. Simptom-simptom kehamilan tu tak nampak sangat. Tapi…. Jeng jeng jeng…. Banyak jugak perubahan diri aku masa tu.

Antaranya :

1.       Datang bulan lewat – Perkasa ni biasa bagi aku sebab kitaran haid aku tak berapa terkawal. Selalu jugak lewat 2-4 minggu.

2.       Kuat Makan – Aku anggap ni perkara biasa utk org yg baru berkahwin sebab tgk laki kita makan banyak, kita pun berjangkit jugak lah.

3.       Cepat Mengah – Mula sesak nafas bila naik tangga rumah, masa solat pun tercungap2 bangun sujud. Ingatkan berat badan dah naik.

4.       Suka Makan masam – Seluruh perjalanan aku balik Kelantan kali ni, aku ratah asam dan magga jeruk sahaja. Langsung tak pandang coklat or cekedis.

5.       Miss V tak selesa – Miss V rasa sangat gatal dan tak selesa. Rasa nak menggaru je kat bawah tu, lepas tu rasa nak korek2. Ak ingat kena jangkitan kuman, sebab doctor yang ckp macam tu, tapi doctor tu takde pulak nak cek ke, uji urin ke, buat pregnancy test ke…  cakap pun ala kadar. Tapi agaknya memang betulla kot sebab baru2 kawin, tak pandai nak handle lagi. So, tiap kali lepas aku buang air, aku akan cuci dengan feminine wash. Baru hilang rasa gatal tu. Tapi kejap je laaa.. pastu gatal tu datang balik.

6.       Kerap Buang Air – Kekerapan aku buang air sampai setiap 5 minit. Aku pun pelik masa tu, sampai tak sempat nak buka seluar, air dah meleleh celah kaki. Bangun malam tu takyah citer la… memang empat lima kali bangun sebab tak tahan nak kencing. Time ni memang dah ada syak sikit2… tapi mungkin jugak efek terkena jangkitan kuman dekat Miss V tu. Tapi gejala ni memang berlanjutan sampai kandungan aku  14 minggu dan sekarang dah 18 minggu pun masih ada sikit2.

So bila ada tanda-tanda ni, aku pun cepat2 pi farmasi beli pregnancy test. Lagipun masa ni memang aku dah dua minggu lewat. Bukan tak sabar, tapi curious nak tau punca ketidaknyamanku. Kot2 dah melekat ke…. Tapi keputusan negative.  Lebih kurang dua hari lepas tu, aku kena batuk teruk. Siang batuk, malam demam.. macam tu lah tiap2 hari selama sebulan. Tapi aku layankan je… ubat2 batuk demam sume aku telan.

Kakak ipar aku cakap, kalau batuk macam ni mungkin ada pembawakan, aku dengan konfident geleng kepala kata “tak mungkin.. dah cek haritu takde pun…..” dia suruh cek lagi. Aku pun pergi beli pregnancy test lagi, jarak masa Antara first test dengan second test ni lebih kurang 2 minggu. Hasilnya muncullah dua line merah menandakan positive….

Esoknya pergi cek doctor utk konfirmkan, Doktor cakap aku dah 6 minggu hamil, Alhamdulillah…. Bila kira2 balik, rupanya masa majlis menyambut menantu tu, aku memang dah hamil 3 minggu. Ubat2 batuk n demam terus aku tinggalkan. Seminggu lepas tu barulah batuk aku hilang dan diganti dengan alahan2 ibu mengandung.

Klik Sini!