Sunday, May 31, 2015

DyNisaDay Prep 4 - BAJU NIKAH DAN BAJU SANDING


Assalamualaikum semua,

Harini nak share sikit pengalaman masa mencari baju nikah and baju resepsi haritu,
Untuk pengetahuan, baju nikah aku cari seminggu sebelum nikah dekat Jalan TAR. Depan Gulatis ada satu gedung kain nama GIO WORLD. Boleh tahan cantik baju2 pengantin dekat situ, harga pun lagi murah berbaloi, kalau pandai pilih, sure korang akan nampak cun melecun! Macam2 fesen ada. Gedung tu bukan takat jual baju pengantin, baju budak, langsir, segala jenis kain, barang2 pengantin, barang2 rumah semua complete. So kalau nak kahwin, boleh pergi cari barang2 kat situ, semua ada.
Aku cari baju nikah tak sampai dua jam dengan sepupuku, tapi mula2 sampai tawakal ajelah sebab dah tak ada masa, banyak lagi kerja yang kena setel.  lagipun bajet untuk baju nikah ni memang tak banyak, sebab nak pakai sejam je, lepas tu simpan dalam almari selamanya. Bagi yang bajet kecik tapi nak nampak bergaya boleh la datang ke GIO WORLD. Kalau beli sekali dengan veil, kena tambah RM50 sahaja, tapi aku tak beli sebab aku nak veil kosong je, tak ada sulam2. Last2 veil and selendang tu aku buat sendiri je. Lagi jimat.

Kalau pakai kain putih, harus pakai kain dalam
Warna shawl and baju tak berapa nak sama, tapi still ok..
shawl aku pilih satin dan veil kosong utk nampak ringkas

salinan nikah kami
 
Lepas nikah, terus bergegas dari masjid besi ke dewan untuk majlis resepsi. Mak andam sampai berpeluh2 nak touch up and pakaikan tudung sebab nak kejar masa.

Untuk baju resepsi,  aku terpaksa tempah sendiri sebab badan ni tak berapa nak tinggi dan tak berapa nak kurus. Butik2 pengantin memang ada size aku, tapi yang udus2 dan outdatedlah. Kalau yang cantik bak princess tu NAN HADO.,

Untuk kain dan lace memang aku dah beli siap2 setahun sebelum dekat Bandung. Walaupun masa tu aku tak tau lagi nak kawen bila. Orang cakap kain dekat Bandung murah2, so aku prepare awal2 lah…. Lacenya memang murah! Tapi kena pandai bargain, kalau tak sama je harganya dengan KL.

Disebabkan aku hantar kain ni dekat taylor baju kurung, aku terpaksa menghadkan kreativiti untuk buat baju PWINCESS. Kalau hantar dekat taylor baju pengantin, mau beriban jugak habis.

Kali ni sengaja tak letak veil sebab aku dah letakkan lace dan manik dekat hujung tudung aku dan belakang baju pun penuh dengan kain lace.

Maka hasilnya seperti dibawah…..

Fitting baju dekat taylor, depan kosong, belakang lace
lace yang lebih, aku gunting then tampal2 dekat baju and tudung
 
lace tu aku jahit dekat lengan dan border baju

Hujung tudung yang dah ditampal lace

baju dan tudung guna dari kain yang sama
Secara keseluruhannya, pakaian nikah dan resepsi aku memang simple abes. bak kata omputeh LESS IS MORE. Memang kenalah dengan tema COUNTRY aku tuuu.... tapi yang paling puas hati bila kita dapat DIY baju kita sendiri,,, chewahhhh

Thursday, May 21, 2015

DyNisaDay Prep 3 - Pelamin Indah Wedding


Assalamualaikum,
Sebelum majlis resepsi, mesti ramai yg tercari-cari pelamin pilihan hati. As for me, aku lebih utamakan tema. Bila kita dah ada tema, baru boleh planning jenis majlis macammana yang kita nak.
First thing first ialah survey.  So, bila dah decide tema; baju, doorgift, meja makan, susunan warna dan pelamin tak susah nak cari. Tema yang aku pilih ialah “COUNTRY & PINK”.  
Kenapa COUNTRY ?

1.       Lebih santai dan ceria
2.       Pelamin tak perlu sarat dan tak perlu besar
3.       Sebab niat untuk letak pelamin di pintu masuk dewan, bukan atas stage

Sebenarnya memang dah lama aku fikir nak letak pelamin dekat pintu masuk, sebab kebanyakan majlis resepsi yang aku pergi, pelamin tu guna kejap je, bila pengantin dah turun stage, sampai ke sudah pelamin tu terbiar.  Tetamu pun hanya bergambar dengan pengantin dekat pintu gerbang. Betul tak…? Ibarat kita bayar pelamin tu beribu-riban, tapi guna 15 minit je masa tepung tawar. tak sayang duit ke kak long oi…  Dan… kebanyakan tetamu kita adalah golongan veteran, 80% kawan2 ibu bapa kita. Tangga stage tu ibarat cerun tinggi bagi mereka. Dan lagi, kebanyakan tetamu yang tak rapat dgn kita tak rasa berminat utk bergambar kenangan sebab pelamin jauh nun diatas. Lepas makan terus cabut balik. Betul kan…? Why not mudahkan tetamu utk bergambar kenangan dengan kita? dan yang paling penting fotographer selesa nak bergerak






Untuk Meja beradab baru aku letak atas stage sebab nak guna 15 minit je, jadi tak perlu turun naik tangga banyak kali. Meja makan beradab kan panjang , so seluruh stage tu boleh guna dan hias. Untuk backdrop, aku hanya request kain putih dan lighting. Dua elemen ni pun dah cukup untuk buatkan pentas tu nampak meriah. Meja makan untuk aku dan pendy dibuat asing sebab senang photographer nak ambil gambar dan kami boleh borak dan makan dengan bebas tanpa segan silu. Pinggan Pendy abes licin haritu okeh! Tapi secara jujur, aku buat asing sebab nak efek cantik dan tragis gittewww





Tempoh aku tempah pelamin adalah 3 bulan sebelum majlis. Tak berapa rush sangat sebab tarikh majlis aku bukan waktu cuti sekolah dan musim perayaan, jadi tak ramai orang buat majlis pada hari tu. Lebih Kurang semua benda aku tempah last minit.

Klik Sini!