Harini nak
share sikit pengalaman masa mencari baju nikah and baju resepsi haritu,
Untuk
pengetahuan, baju nikah aku cari seminggu sebelum nikah dekat Jalan TAR. Depan
Gulatis ada satu gedung kain nama GIO WORLD. Boleh tahan cantik baju2 pengantin
dekat situ, harga pun lagi murah berbaloi, kalau pandai pilih, sure korang akan
nampak cun melecun! Macam2 fesen ada. Gedung tu bukan takat jual baju
pengantin, baju budak, langsir, segala jenis kain, barang2 pengantin, barang2
rumah semua complete. So kalau nak kahwin, boleh pergi cari barang2 kat situ,
semua ada.
Aku cari
baju nikah tak sampai dua jam dengan sepupuku, tapi mula2 sampai tawakal ajelah
sebab dah tak ada masa, banyak lagi kerja yang kena setel. lagipun bajet untuk baju nikah ni memang tak
banyak, sebab nak pakai sejam je, lepas tu simpan dalam almari selamanya. Bagi
yang bajet kecik tapi nak nampak bergaya boleh la datang ke GIO WORLD. Kalau
beli sekali dengan veil, kena tambah RM50 sahaja, tapi aku tak beli sebab aku nak
veil kosong je, tak ada sulam2. Last2 veil and selendang tu aku buat sendiri
je. Lagi jimat.
Kalau pakai kain putih, harus pakai kain dalam |
Warna shawl and baju tak berapa nak sama, tapi still ok.. shawl aku pilih satin dan veil kosong utk nampak ringkas |
salinan nikah kami |
Lepas nikah,
terus bergegas dari masjid besi ke dewan untuk majlis resepsi. Mak andam sampai berpeluh2 nak touch up and pakaikan tudung sebab nak kejar masa.
Untuk baju
resepsi, aku terpaksa tempah sendiri
sebab badan ni tak berapa nak tinggi dan tak berapa nak kurus. Butik2 pengantin
memang ada size aku, tapi yang udus2 dan outdatedlah. Kalau yang cantik bak
princess tu NAN HADO.,
Untuk kain
dan lace memang aku dah beli siap2 setahun sebelum dekat Bandung. Walaupun masa
tu aku tak tau lagi nak kawen bila. Orang cakap kain dekat Bandung murah2, so
aku prepare awal2 lah…. Lacenya memang murah! Tapi kena pandai bargain, kalau
tak sama je harganya dengan KL.
Disebabkan
aku hantar kain ni dekat taylor baju kurung, aku terpaksa menghadkan kreativiti
untuk buat baju PWINCESS. Kalau hantar dekat taylor baju pengantin, mau beriban
jugak habis.
Kali ni sengaja
tak letak veil sebab aku dah letakkan lace dan manik dekat hujung tudung aku
dan belakang baju pun penuh dengan kain lace.
Maka
hasilnya seperti dibawah…..
Fitting baju dekat taylor, depan kosong, belakang lace |
lace yang lebih, aku gunting then tampal2 dekat baju and tudung |
lace tu aku jahit dekat lengan dan border baju |
Hujung tudung yang dah ditampal lace |
baju dan tudung guna dari kain yang sama |
No comments:
Post a Comment