Saturday, December 31, 2011

beza new year 18 tahun dan 22 tahun

1 Januari 2012. rase macam semalam baru lepas abes SPM. gambar dibawah ialah pada new year 2008 di bukit bintang. bubble party yang sangat fun dan awesome! new year tahun 2009 - 2011 takde gambar la pulak. ini adalah nieysa semasa belasan tahun. just nak share, masa kita muda, darah tengah panas, semua benda kita nak cuba. dulu cuma fikir nak have fun dengan kawan2 je......



tapi sekarang...... beberapa tahun lepas tu, nieysa dah jadi puluhan tahun. sambutan tahun baru 2012 kali ni lebih seronok dan banyak manfaat. disebabkan dah agak berumur, nieysa sambut bersama ustaz azhar idrus dan zizan dekat shah alam. environment sangat berbeza and dapat ketenangan dan kepuasan yang sukar digambarkan bersama orang yang disayangi.




P/S - kawan-kawan, persekitaran dan keluarga punca utama kepada perubahan diri. kedua-dua persekitaran nieysa dah lalui. teman yang baik, membawa kita kepada seorang yang lebih baik.

Thursday, December 29, 2011

Myvi jatuh gaung

 satu peristiwa telah berlaku yang mengingatkan nieysa utk post kemalangan nieysa beberapa tahun lepas. gambar bawah ialah Myvi.



November 2008, dari pekan Temerloh menuju ke Jengka, tepat jam 2120, nieysa eksiden dekat selekoh Jengka 15/16. hampir maut (nasib baik pendek, kalau tak, dah arwah). disebabkan nak tunjuk hero and bawak laju and hujan plak time tu, kami berlima tergolek-golek up side down dalam hutan kelapa sawit (12 gambar bawah).











percaya atau tidak, ni je scratch yang nieysa dapat and sedikit luka dekat kepala. lagi 4 orang penumpang cedera di kaki, peha and sedikit lukisan calar balar dekat tangan. fuhh..... what an experience.

efek mental plak, i could not drive on the right side of the road for one month. sebab rase macam sangat dekat nak langar divider. lepas sebulan, dah boleh bawa macam biasa.

P/S - pandu dengan cermat, pakai tali pinggang keledar dan jaga2 time hujan


Tuesday, December 27, 2011

selami pengguna selendang

okeh2. nieysa bukan seorang pengguna setia selendang, tapi pakai jugak kadang2. time tgh tgk gambar tudung, tetibe terfikir plak nak buat post pasal ni. for those yang kurang obses atau tak suke dengan selendang, mesti mahu baca :.

pertama-tama sekali, fenomena selendang datang lepas Yuna muncul. before tu, bleh kira hanya beberapa kerat je yang betul2 pakai selendang ikut cara lama macam minah arab (lilit kat kepala, tuck in bawah dagu). lepas dari tu, muncul macam2 pesen selendang dlm market Malaysia. ade jugak yang jadi sangat obses dengan selendang ni. tak paham betoi. jadi, jom kita selami faktor mereka yang obses dengan selendang:

1. in trend - kebanyakan remaja sekarang memang hebat berfesyen, tiru gaya artis. disebabkan selendang ni  up to date, so mereka pun taknak ketinggalan jadi pengikut setia kepada selendang. betul nggakk?
selendang trend setter
2. boleh buat macam2 cara - disebabkan selendang ni boleh buat macam2 cara melilit, remaja + mak budak berlumba2 merekacipta 'shawl tutorial' yang pelek-pelek dlm blog and youtube. ade yang tak masuk akal langsung sampai lari dari maksud hijab yang sebenar. betul nggak?

disaster! 

2nd disaster!
3. nampak chicky and muda belia - yang ini mmg nieysa agree. some ppl yang pakai selendang ni akan nampak muda belia dan chicky. cute. mungkin sebab selendang tu kena dengan bentuk muka dorang kot. kalau tak.... sila cermin muka dulu.  betul nggakk?

nampak muda tak? da ade anak sorang ni
4. rasa konfiden - okeh, some girls yang pakai selendang mungkin rase selesa and self confidence meningkat. rase konfiden sebab fesyen yang dibawa itu up to date. betul nggakk?

oh yea, wanita berkerjaya
5. sesuai untuk semua occasion - yang ini pun penyebab jugak. selendang ni boleh dipakai bile2 mase, tak kire tempat dan event.  dengan satu selendang pun da boleh pakai dekat macam2 occasion. cume cara lilit je yang kene tukar ikut kesesuaian. betul nggakk??

dinner, riadah, bersukan, degan hanya satu selendang sahaja
6. nampak terletak - yang ini depends kepada pemakai tu. kalau orang tu betul2 expert and tau lilit selendang, memang akan nampak nampak terletak. tapi ade juga disebabkan terlampau obses dengan selendang and nak nampak differ from others, sekelip mata boleh bertukar fashion disaster. btul nggakk?

patung ni jugak nampak terletak selendangnya
nak obses ke tak, ini semua pendapat masing2. tak salah pun, yang jadi salahnye bile niat tu tak berbalik kepada perkara asal. ape2 pun, niat kenapa kita berhijab kena betul. baru dapat feel kenikmatan berhijab.

setakat ni je nieysa bleh menyelam dalam hati pengguna tegar selendang. kalau sesiapa ade faktor2 laen yang nieysa tak tak tau, sila lah beritahu di komen box.

CURANG

bile tgk gambar muda mudi zaman dulu, nak tergelak plak rasenye. time ni sem 2, baru lepas balik majlis dekan. disebabkan kitorang keluar awal dan tersangat lah bohsan, tetibe idea nak buat photo movie pun datang. sila enjoy dan harap faham. check this out :



















disebabkan gambar ni masa muda mudi, skang badan dah jadi macam pumpkin.  at least 'ke-kiutan' masih ade, hahaha

Monday, December 26, 2011

jatuh kolam air panas

23-25/12/2011 ade kursus and family day dekat Lost World Tambun. tempat tu mmg sgt fun kalau kite btul2 enjoy dgn facilities yang management kat sana kasi. lain dari themepark yang ade dekat malaysia ni. harga pun murah sgt2 kalau nak dibanding dgn Afamosa resort dekat melaka tu. disebabkan kesihatan nieysa and mom tak mengizinkan, banyak benda terbantut. kebetulan plak, mom mmg tak sihat pun. kalau kitorang sihat, satu Lost world kitorang pusing sebab aktiviti kat sana best! 

oke, nak dijadikan cerita, nieysa and mom check in around 7pm and menikmati buah durian sampai pkul 8. nieysa plan nak rehat je kat bilik malam tu tengok mega movie Mission Impossible III, sebab mom ade meeting pukul 9pm. tiba2 mom ckp nak pergi hotspring instead of going to meeting. kansel Mission Impossible III, pukul 9pm kitorang trus shoot pg ke Lost World Hotspring and Spa. tak mahal, RM10 je sorang. Mom pesan awal2, tak payah bawak baju, sebab nak celup2 kaki je, lagipun hotspring tu tutup 10pm. nieysa pun tak bawa la baju spare. 

time tgh maen celup2 kaki bersama2, kitorang pun buat lah photoshoot sesame sendiri. da puas amek gmbar mom, nieysa suruh la mom amek gmbar pulak. disebabkan mom sangat truja malam tu, die dengan bersemangat maken kebelakang, sampaikan kaki dekat gigi air pun tak sedar. akhirnya......

me and mom soaked lepas terjun dalam kolam

jeng jeng jeng...  basah kuyup! mule2 mom gelak je, sebab sume orang duk gelak tgk die jatuh. tapi, bile die raba2 poket seluar die, muke trus berubah 360' kepada serius. hanfon mom pun abes kuyup! mom pun start la mengomel sorang2,, nieysa ckp kat die, balik nanti keringkan la fon tu, esok dah bleh guna. tapi time tu mud mom da takde, die ajak balik. takkan nak blek kot, baru 10 minit masuk. nieysa pun pujuk die masuk gua stim. dalam gua tu sangat panas, around 45'c. susah nak bernafas. tapi at least mom senyum jugak time masuk gua tu. time tu kitorang tak peduli, basah baju pun takpe, janji dapat rase.
depan gua air panas. dalam ni freaking panas! sesak nafas

then kitorang blek hotel barefoot sebab nieysa and mom pakai wedges. takut kasut tu rosak, terpaksa jalan kaki atas tar balik ke hotel. pakgad pun pelik kenapa kitorang basah. kalau basah pakai baju t-shirt takpela jugak, ni basah pakai baju jalan2. disebabkan dalam hotel sejuk + udara lembap, nieysa tpaksa tunggu sampai hari ahad utk jeans tu kering. adoi... tu pun tak kering betul, stil lembap lagi. nasib baek bawak banyak seluar. quite an experience jugak..... haha

Monday, December 12, 2011

nenek masuk ward

gambar nenek paling lawa dengan cicit
khamis lepas nenek masuk wad, katenye dada berombak, nieysa pun tak paham berombak cmane, tapi sakit la. then pagi sabtu pkl 4.30am kitorang pun bertolak guna 2 kereta. disebabkan banyak sangat berhenti rehat, buang air, tambah pulak pantai timur skang musim ujan, jln licin, jadi, kami sampai pukul 2 ptg. 

lepas mandi, makan, rehat, pkul 5.30 nieysa pergi hospital lawat nenek. time tgh cari parking, mak pun ckp "nisak jaga mok tok mlm ni eh, mlm tadi mak dah jaga", and i said "okay". tapi dalam hati "alamak, cmana nak jaga nenek, kene mandikan die ke? kene tukar pampers die ke?" hahaha kejam btul cucu. nasib baik bawak toiletries siap2 dlm beg, at least boleh cuci muka n gosok gigi dlm wad tu.

masa tgh melawat, kebetulan pulak my kazen tasya ade, mak pun suruh tasya jaga nenek jugak... lega sikit, sebab tasya ni blajar nursing. at least die ade pengalaman. pukul 9.30 mlm, semua orang dah blik. tinggal kami berdua je jaga nenek. nieysa pun pelik dengan hospital kb ni, tak  strict langsung. pkul 10 mlm still there are people come in and out dekat ward ni. tandas die agak creepy jugak, sebab duk kat bahagian belakang. lagi2 time ujan lebat, bunyi rintik and angin tu yang buat lagi creepy. tapi nasib baik ward tu fullhouse. sume katil penuh, at least ramai la jugak orang... time nak solat isyak pun same.. aduh.... ade bilik kosong dekat hujung ward, bilik kecik tu berdinding papan je, takde tingkap, tapi ade jaring2 dawai dekat bahagian atas utk angin masuk. depan tpt nieysa solat tu ade cermin panjang. so kalau nieysa solat boleh nmpk jelas my face and whats behind me. korang penah tak time solat sambil tgk muke korang depan cermin? creepy tau. sebab cermin tu reflect muka kita, lubang angin dekat bhgn atas and belakang kita. sambil tgh solat yang tak khusyk tu, sambil2 imagine ade mata merah duk tgk nieysa dekat celah lubang angin n ade benda dekat belakang i. tambah2 lagi dekat hospital. baru je petang tadi ade kematian dekat depan katil nenek. masa solat tu mula la nak fikir benda tak elok.

anyways, lepas solat isyak, da start mengantuk. mane tak mengantuk, nieysa smpai klntn pkul 2 ptg tak rehat, tasya sampai kelantan pkul 6 ptg punn tak rehat lagi....... dari petang sampai 12.45am, kitorang bergilir duduk bangun. kerusi ade satu je. tikar takde. nsib baek ade kain batik, so nieysa hampar la atas lantai simen. tok caro ko gapo doh, kaenn telekung jadi bantal trus tido kroh kroh atas lantai tu. doh la katil tu tepi pintu ore lalu lalang. caro apo ambo. hahah. 2.45 nieysa terjaga tukar shift ngn tasya. tgk nenek atas katil, kejap2 die tido, 5 minit pastu bukak mata balik. "sakit.... woyar dale perut ni taje, nyucuk2" nenek cakap. evry 15 minutes suapkan kene suapkan air dekat nenek. kalau nenek lenguh, kene bangunkan nenek, sebab die takleh tido. then pukul 5 tasya plak bangun, nieysa plak tido smpai pkul 6.15.

lepas solat subuh, tanya nenek da solat ke belum. die cakap belum, cmane nak solat, pampers die kotor, tak bersih. then tasya g cari besen and kain, kitorang slow2 pusingkan badan nenek mengiring dan kerja2 penukaran pampers berlaku. lepas dah bersih, nieysa tukar air dalam besen, and tolong nenek amek wudhu'. sapu air dekat muka dia dua kali, sapu tangan dua kali, kepala sekali, kaki dua kali. pastu nenek pun solat sambil baring. pagi tu lap muke nenek, lap tangan, lap kaki, pastu urut belakang. nenek tkleh makan nasi, nanti muntah. tapi bila nieysa suapkan chipsmore + air berselera btul hirup. sekali sekala bagi die makan gula2 asam, and suap air milo. 

tengah hari tu barulah mak sampai. dalam pukul 3petang  baru nieysa and tasya boleh balik.... mandi2 and tukar baju and makan. pukul 5 datang blek hospital utk say goodbye kat nenek sebab malam tu nak blek kl dah. jaga nenek adalah pengalaman baru yang best sebab we are the chosen one utk jaga nenek. selama ni nenek yang jaga kita kalau kita balik kampung. and now its my turn to jaga nenek.

Wednesday, December 7, 2011

I SEE YOUR TRUE COLORS



pagi ni hujan rintik2. nieysa dah menguap berpuluh kali dah rasanya ni depan boss. nasib baik boss jenis sempoi, al-maklumlah... depan Dato' ni kena jaga attitude sket. then terpandang majalah SOLUSI dekat meja. rasanya dah dekat seminggu buku tu duk atas meja. pagi yang mendung+berair+mengantuk, nieysa start baca. dapat jugak ilmu free di pagi hari ni. tgh syok belek2 majalah (tak baca pun,, ☺) tetibe nampak artikel pasal "TrUe coLOrS di jalan raya". i started reading. wahhhh...bagus jugak nih. so nieysa nak share sket kandungan artikel tu.

Kenapa orang baik boleh jadi ganas dengan seta merta bila memandu kenderaan? jalan raya adalah penyebab untuk mereka keluarkan 'true colors' mereka yang sebenar. sebenarnye, sifat2 tak elok ni jarang sangat nak keluar dekat tempat laen, mungkin sebab malu, takut dll. kebanyakan orang kena kawal diri sebab ada kepentingan tertentu di hadapan org yang tertentu. maybe depan suami, boss, parents, kawan2..... so, dorang ni terpaksa pendam rasa marah, kecewa, sedih tu dalam hati. so bila kita marah, orang laen la yang jadi sasaran. faham??

kalau tak paham nieysa bagi contoh: drive laju2 menunjukkan kurang sabar atau sebab ego. langgar lampu isyarat maknanya tidak menghormati peraturan dan jugak orang laen. macam tu juga lah dengan memotong dengan cara yang salah. so....... which one is yours? 

okay, what about orang yang baik terlibat dalam kemalangan? ini takdir. kadang2 diorang ni yang jadi mangsa pemandu lain. dorang dah drive dengan sopan santun pun tetibe POOMMMM!! orang laen yang langgar. tapi ramai jugak orang yang ada agama sarat dengan sifat buruk time memandu. maksudnya..... ada orang yang latar belakang pendidikannya atau kerjayanya atau gelaran "USTAZ" yang tak megamalkan ajaran agama sepenuhnya including driving tgh jalan.sebagai contoh, seorang ustaz yang baik tingkah laku berubah jadi agresif semasa memandu. nak marah? kenapa nak marah plak? this is real story. terima atau tak this is what actually happen in real life.  siapa yang tersinggung tu harap dapat terima kritikan ni.

"agama mengajar kita supaya mematuhi syariat dan berakhlak walau dimana sahaja berada. bukan sahaja solat, puasa, zakat, tetapi memandu juga boleh dikira ibadah sekiranya dibuat dengan ikhlas dan mematuhi prinsip2 sunnah Rasulullah s.a.w." jadi, memandu itu adalah ibadah, sebab kalau kita terperangkap dalam traffic jam berjam-jam and benda tu bukan suatu ibadah, rugi lah masa kita. kita solat pun lebih kurang 5 minit je.

Tapi, macammana kemalangan tu berlaku jugak even kita dah berusaha solat sunat musafir, baca doa naik kenderaan, baca ayat Al-quran dalam perjalanan.....? nah! itu semua adalah aspek syariatullah. jgan lah kita lupa dekat aspek sunnatullah.seperti memastikan brek kereta elok, tayar masih berbunga cinta, cermin sisi and belakang terletak, engine elok and pakai seat belt. dua-dua ni hukum Allah. sume yang berkaitan dengan sunnatullah ni merupakan penyebab kepada kemalangan kalau kita tak patuh.

kesimpulan kat sini,, dekat atas jalan pun kita kenalah beragama. ada akhlak, aqidah and syariah menunjukkan siapa kita di atas jalan raya ni.and sentiasa ingat, atas jalan pun kadang2 boleh tentukan kita ke syurga atau neraka... wallahualam.

AKHIR ZAMAN


AKHIR ZAMAN. TEMPAT YANG ALLAH SUKA, 
MUSLIMIN SEMAKIN JADI TIDAK SUKA.

AKHIR ZAMAN. MUSLIMIN LEBIH SUKA KAWASAN PARKING BERBAYAR
PADAHAL TEMPAT YANG ALLAH SUKA NI KAWASANN PARKINGNYA SENANG 
DAN PERCUMA.

AKHIR ZAMAN. MUSLIM LEBIH SUKA BERBELANJA SAKAN DAN MUNGKIN JADI PEMBAZIRAN.
PADAHAL KALAU DIBELANJAKAN DUIT TU DI TEMPAT YAG ALLAH SUKA DAPAT 
PAHALA PUN BERKALI GANDA LEBIH.

AKHIR ZAMAN. TEMPAT YANG ALLAH SUKA NI SUDAH KEKURANGAN PENGUNJUNGNYA.
LEBIH RAMAI YANG MELANCONG DARIPADA YAG MAHU BERIBADAT.

JANGAN SAMPAI ALLAH TIDAK SUKA KITA.
DAN DICAMPAKKAN KE TEMPAT YANG KITA TIDAK SUKA.


SEKADAR RENUNGAN BERSAMA.

EFFENDY BIN YAHYA


siapa effendy yahya ni? artis? nope. politician? nope. jutawan? nope. Effendy Yahya adalah seseorang yang pernah hadir dalam hidup nieysa. and still he is. dia takde lah hensem mane pun,, tapi suke mengaku hensem. walau die tak hensem mana, but still i love him. nieysa tak tau macammana boleh fall for him,, sebabnya taste nieysa ni jenis lelaki yang kacak2 je. hhmm........

why do i like him in the first place? sebab......................................... tak tau. i mean, people fall for each other for a reason right? maybe die caring kot. yalah, sume orang caring kalau diikutkan. entah le... nieysa pun tak tau lah cmane bleh tersayang dengan Mr Effendy Yahya ni.

what is the seven things i like about you? setelah hampir 5 tahun kita kenal dan 2 tahun jadi bunga2 cinta ni, benda yang paling nieysa suka is he's willing to change for me. dulu dia sangat badass tempered. cara nak bagi dia kurang tempered senang je,, dulu time die tetibe melenting, nieysa takkan cakap dengan dia berhari-hari tau. walaupun rindu sangat nak msg, call die, tapi tpaksa tahan sebab nak ajar jd less temper. tapi sekarang tak buat dah macm tu, taktik tak menjadi dah skang ni,, silap haribulan die plak cari laen time kite merajuk. sekarang ni, kalau die melenting tetibe,, nieysa senyap je a few minutes and then burst "da puas marah? marah la lagi, kasi hilang baran tu..." heheh. skang baran die makin kurang,, nieysa plak yang terlebih baran, ehheh.

2nd thing is,, walaupun die baran, tapi die seorang yang penyabar. buktinya..... it took him 3 years to get me, ahhah! start kenal si Effendy Yahya masa nieysa sem 1, sem 5 baru kami start mekar. hik hik. and between the period, die sempat lagi kapel dgn 2 wanita,, as i rejected him twice (nieysa citer dlm next post plak). lepas tu Effendy Yahya ni sgt sabar dengan pe'el nieysa. nieysa jenis yang suka berkawan dengan kaum Adam. kadang2 kite boleh rase ke-jealous-an Mr. Effendy Yahya, tapi die sabar je,, sebab nieysa dah warning die awal2, kalau nak kawan dengan nieysa, jangan sekat pergaulan nieysa selagi tak melangkaui batas lelaki n perempuan.

yang ke tiga pulak,, die suka tolong orang. Effendy Yahya akan tolong kawan2 dia sebaik yang mungkin. he's a WOMANIZER sket, and wanita pun mencintai dia, pantang kalau ade pompuan mintak tolong, dengan sepantas kilat die tolong. dengan laki pun same jgak, tapi tak sepantas kilat mcm pompuan..hee....

yang ke-empat... oke, yang ni takde kene mengena dengan attitude, but i loooovvveee his hair! before me, rambut die agak cacak2 and it was so FFoooooing ugly. thats y kot nieysa tak fall for him mase mule kenal. then after kitorang rapat, baru lah i asked him to change his rambut and the new rambut style suits him very well and we bought new clothes for him, sebab he's lack of style mann!!! sume baju die time rambut cacak dah dibuang.(well,, not literally buang, just a metaphore). tgk gmbar bawah, rambut dulu or sekarang better?  click on pic to get a bigger picture.
                                       


fifth thing i like about Mr Effendy Yahya is.... his eye. hes got this jacob eye thing from twilight. dan saya sangat mencintai Mr taylor Lautnet a.k.a. Jacob. kebetulan Mr Effendy Yahya got the same eye shaped. and his eyes are brown! really light brown for malay ppl. kadang2 bila tgk mata dia jadi kesian plak. tak tau kenapa,, haha anak emak...

the sixth and seventh thing is..... when i sees Mr Effendy Yahya, i see my future with him. and hes not gay. kalau tak kenal die mesti ingat die gay sebab die putih, and muka agak gay. hahahaha i can't believe i just dishonored him! sorry Mr Effendy yahya, i didnt mean to, but your face are actually look like gay. (abeh aku kene pelempang pasni... huk huk)

kepada Mr. Effendy Yahya, i love you with all my heart.


Klik Sini!