Wednesday, December 7, 2011

I SEE YOUR TRUE COLORS



pagi ni hujan rintik2. nieysa dah menguap berpuluh kali dah rasanya ni depan boss. nasib baik boss jenis sempoi, al-maklumlah... depan Dato' ni kena jaga attitude sket. then terpandang majalah SOLUSI dekat meja. rasanya dah dekat seminggu buku tu duk atas meja. pagi yang mendung+berair+mengantuk, nieysa start baca. dapat jugak ilmu free di pagi hari ni. tgh syok belek2 majalah (tak baca pun,, ☺) tetibe nampak artikel pasal "TrUe coLOrS di jalan raya". i started reading. wahhhh...bagus jugak nih. so nieysa nak share sket kandungan artikel tu.

Kenapa orang baik boleh jadi ganas dengan seta merta bila memandu kenderaan? jalan raya adalah penyebab untuk mereka keluarkan 'true colors' mereka yang sebenar. sebenarnye, sifat2 tak elok ni jarang sangat nak keluar dekat tempat laen, mungkin sebab malu, takut dll. kebanyakan orang kena kawal diri sebab ada kepentingan tertentu di hadapan org yang tertentu. maybe depan suami, boss, parents, kawan2..... so, dorang ni terpaksa pendam rasa marah, kecewa, sedih tu dalam hati. so bila kita marah, orang laen la yang jadi sasaran. faham??

kalau tak paham nieysa bagi contoh: drive laju2 menunjukkan kurang sabar atau sebab ego. langgar lampu isyarat maknanya tidak menghormati peraturan dan jugak orang laen. macam tu juga lah dengan memotong dengan cara yang salah. so....... which one is yours? 

okay, what about orang yang baik terlibat dalam kemalangan? ini takdir. kadang2 diorang ni yang jadi mangsa pemandu lain. dorang dah drive dengan sopan santun pun tetibe POOMMMM!! orang laen yang langgar. tapi ramai jugak orang yang ada agama sarat dengan sifat buruk time memandu. maksudnya..... ada orang yang latar belakang pendidikannya atau kerjayanya atau gelaran "USTAZ" yang tak megamalkan ajaran agama sepenuhnya including driving tgh jalan.sebagai contoh, seorang ustaz yang baik tingkah laku berubah jadi agresif semasa memandu. nak marah? kenapa nak marah plak? this is real story. terima atau tak this is what actually happen in real life.  siapa yang tersinggung tu harap dapat terima kritikan ni.

"agama mengajar kita supaya mematuhi syariat dan berakhlak walau dimana sahaja berada. bukan sahaja solat, puasa, zakat, tetapi memandu juga boleh dikira ibadah sekiranya dibuat dengan ikhlas dan mematuhi prinsip2 sunnah Rasulullah s.a.w." jadi, memandu itu adalah ibadah, sebab kalau kita terperangkap dalam traffic jam berjam-jam and benda tu bukan suatu ibadah, rugi lah masa kita. kita solat pun lebih kurang 5 minit je.

Tapi, macammana kemalangan tu berlaku jugak even kita dah berusaha solat sunat musafir, baca doa naik kenderaan, baca ayat Al-quran dalam perjalanan.....? nah! itu semua adalah aspek syariatullah. jgan lah kita lupa dekat aspek sunnatullah.seperti memastikan brek kereta elok, tayar masih berbunga cinta, cermin sisi and belakang terletak, engine elok and pakai seat belt. dua-dua ni hukum Allah. sume yang berkaitan dengan sunnatullah ni merupakan penyebab kepada kemalangan kalau kita tak patuh.

kesimpulan kat sini,, dekat atas jalan pun kita kenalah beragama. ada akhlak, aqidah and syariah menunjukkan siapa kita di atas jalan raya ni.and sentiasa ingat, atas jalan pun kadang2 boleh tentukan kita ke syurga atau neraka... wallahualam.

2 comments:

Klik Sini!