Friday, April 24, 2015

DyNisaDay Prep 2 - Wedding Doorgifts and favors


Jadinya.... lagi sebulan nak majlis baru terhegeh2 nak cari doorgift utk tetamu, tapi sempat je sebenarnya kalau kita dah tau apa yang kita nak.

Tema majlis ni ala-ala country sikit, pelamin a.k.a. photobooth pun sume pakai kayu. So.... nak bagi nampak serasi dengan tema, i decided utk gunakan jar atau balang kosong dengan minimal decoration sebagai doorgift!
Tapi masalahnya nak letak apa dalam jar tu? kami pun berbincang lah satu family nak letak apa.... mcm2 idea dorang bagi;

      1. Choc Chip cookies
      2. Chocolate
      3. serunding
      4. Honey
      5. Cake n  Cream
      6. Biskut rokok panjang
      7. Marshmellow
      8. Jellybean

Last2 kami setuju utk bagi bubble rice jar walaupun pada mula si ibu tak approve, sebab dia tak tau apekah benda itu. bila dah buat contoh, baru dia okay. But bila cakap nak buat sendiri 900 jar tu, terus kena marah balik,, huhu.... yelah... byk jgk step nak kena buat utk satu jar, kang hari nikah mata bengkak pulak. Kalau masukkan coklat dalam kotak, tutup sebelah mata pun boleh buat...
Jadi, kena buat sedikit planning utk siapkan 900 balang ni,
  • Buat seminggu sebelum majlis. spend full day hari sabtu untuk buat doorgift sahaja, tanpa buat kerja lain. 900 balang kottttt...... kalau kejap2 berenti, bila nak abess. kenapa sabtu? sebab kalau barang abes, boleh pergi beli hari ahad
  • Sila cari pembantu. Haritu Alhamdulillah sbb siangnya ada 4 orang dtg menolong, waktu malam tukar shift 4 orang lagi dtg tolong.
  • Kena ada pengkhususan / pembahagian kerja. supaya semua ada tugas sendiri
  • Sebelum start, kena briefing dulu utk pastikan semua aturan dalam balang tu syncing atau sekata dan tak memandai-mandai.
Utk buat 900 balang ni, aku guna 20 packet Beryl's Milk Chocolate Compound, minyak masak dan 16 paket rice bubbles 2 warna (coklat & putih)

kalau amek coklat masak biasa, rasa coklat tak berapa sedap. Beryl's is the best. tapi kalau duit tu terlebih-lebih, boleh la nak pilih cadbury
aku guna bublle rice warna putih dan coklat utk add variation in the jar

Dan hasilnya adalah seperti di bawah....... 

Kena tunggu soklat sejuk dulu selama satu jam, baru boleh masukkan dalam balang

Deme ni bertungkus lumus siapkan 700 balang haritu. Terima Kasih kawan2!
Happy moment
Ni lah resultnye....... Tagging dan tali pun memang simple sebab nak ikut tema lah katekan




No comments:

Post a Comment

Klik Sini!