Monday, April 20, 2015

DyNisaDay Prep1 - Misi Pencarian Dewan

Assalamualaikum,

Dah 3 bulan kawen baru nak update wedding preparation kannn.... huhuhu tapi tak apa,  sebab kita boleh tgk prepration  and hasilnya sekali, sebab kita selalu baca tentang persediaan kawan2 kita yg nak berkahwin tanpa melihat hasilnya macammana kan.... haaa yang ni spesel.

So aku akan update beberapa preparation sebelum majlis perkahwinan aku, salah satu tujuannya supaya kenangan persiapan menjelang hari bahagiaku tak hilang dalam memori lagi beberapa tahun nanti, dan bila anak2 aku tanya "mama, macammana mama kawen dulu ekkk" boleh la aku tunjuk terus blog ni, kan senang!

First thing yang aku buat lepas tunang ialah cari dewan. Dekat 3 bulan jugak misi mencari dewan masa tu,. Disebabkan aku menetap di Putrajaya, dewan komuniti menjadi pilihan aku, tapi sebelum tu, dewan2 di kawasan Bangi dan Cyberjaya pun aku survey jugak, sebab semua dewan kat Putrajaya ni FULL pada bulan Disember 2014 (planning date). Gigih menari dewan nih,, yelah selagi tak dapat book dewan, selagi tu tak boleh confirm tarikh majlis sanding kan kan kan,,, hew hew hew

Setelah Berbincang dengan family, on the very first of June 2014, pagi2 lagi aku dah beratur depan kaunter Pusat Komuniti Putrajaya. Sbb 1 Jun baru booking dewan utk tahun 2015 dibuka. aku tengok dah ada org book beberapa tarikh, terus aku zappppp!! terus tick tarikh 10 Jan 2015 tanpa berfikir panjang! Jadi! 
Maka majlis kenduri aku sah pada 10 Januari 2015, alhamdulillah...

Dewan Komuniti Presint 16 menjadi pilihanku kerana : 
1. Parkingnya lebih banyak berbanding dewan komuniti yang lain
2. Bajet utk dewan sedang molek, iaitu RM2,500 lengkap kerusi meja dan PA system. Dewan Melur,
    Dewan Melati, Dewan Siantan, Dewan Perbadanan tak mampu eden nak membayornye alahai......
3. Lampu dewan P16 lebih cerah berbanding dewan komuniti lain
4. Bersebelahan dgn swimming pool, medan selera, so bila ada ahli keluarga yg letih masa tu boleh
    berehat dengan santai sementara tunggu majlis habis.

Untuk Pegetahuan, Dewan komuniti ni hanya boleh disewa oleh kakitangan kerajaan dan mereka yang menetap di Putrajaya sahaja. So, masa nak booking, kena bawa salinan IC, bil elektrik/air sebagai bukti kita ni penduduk Putrajaya.

Meja yg diberi boleh muat sepuluh kerusi banquet
6 buah meja untuk keluarga belah lelaki
Pemandangan dari tepi
Dewan ni boleh memuatkan hingga 40 buah meja, tapi aku amek 30 buah sahaja sesuai dgn jumlah tetamu dan lebih spacing supaya tak nampak padat dan panas.

No comments:

Post a Comment

Klik Sini!